Tuesday, December 4, 2018

PARETO 20 | 80

Mengikup prinsip Pareto, untuk kebanyakkan perkara, 80% hasil adalah berdasarkan 20% usaha. Ini juga dikenali sebagai oleh "Law of the Vital Few"


Mengikut prinsip asasnya, ianya harus dibaca sebagai 80|20. Namun, dalam konsep pengurusan pendapatan (income), 20% ini perlu diletakkan di hadapan.
Apa 20% itu?
- Simpanan / Pelaburan
- Perlindungan
1. SIMPANAN
Tiada siapa boleh menafikan simpanan itu penting. Adalah terbaik untuk mengasingkan simpanan kepada dua tabung :
➡️ Tabung Kecemasan - Digunakan untuk menghadapi tidak ketentuan - kehilangan kerja, sakit, kereta rosak, sekolah anak dan lain-lain lagi.
Sebaiknya mempunyai simpanan bersamaan 3-6 bulan gaji dalam tabung ini.
➡️ Tabung Jangka Panjang - Digunakan untuk perkara-perkara besar seperti :
- Deposit pembelian rumah
- Kahwin
- Bersara (penjawat awam tidak perlu pening kepala selagi skim Pencen masih diteruskan). Untuk mereka yang bekerja sendiri mahupun makan gaji, pastinya kita tidak mahu bekerja di lewat usia. Kita biarkan duit yang bekerja untuk kita.
Always, SIMPAN dahulu baru BELANJA, bukan belanja dahulu dan simpan bakinya!
Apabila cukup yakin dengan jumlah simpanan yang ada, bolehlah digunakan bahagian ini untuk belajar dan berjinak-jinak dengan PELABURAN. Gandakan duit anda!
2. PERLINDUNGAN
Kalau tiada siapa yang boleh menafikan simpanan itu penting, tidak ramai yang bersetuju akan keperluan perlindungan.
Dua golongan yang memahami keperluan perlindungan :
➡️ Mereka yang pernah kehilangan insan tempat mereka bergantung secara mengejut
➡️ Mereka yang pernah merasai manfaat atas kesedaran insan lain yang mengambil perlindungan tersebut.
Apa sebenarnya yang perlu kita lindung?
✔️ Death (kematian)
✔️ Dread Disease (sakit kritikal)
✔️ Disablement (kelumpuhan kekal)
Kenapa?
 Apabila berlakunya "3D" diatas, secara langsung akan berlaku kehilangan punca pendapatan. Walhal, hutang masih perlu dibayar, anak bini masih perlu diberi makan, kos perubatan masih perlu dijelaskan dan lain-lain lagi.
 Perlindungan mempunyai beberapa jenis, namun dua yang utama adalah :
- Pampasan kematian, kecacatan kekal dan sakit kirtikal
- Medikal kad - Perlindungan kos kemasukkan ke hospital
........................................................................................
Kesimpulannya :
Pendapatan sedia ada anda sentiasa terdedah kepada risiko pada setiap masa. Sekiranya anda gagal mengurus 20% pendapatan anda itu, anda boleh kehilangan 100% pada bila-bila masa.
Bagaimana untuk bahagikan 20% itu untuk simpanan dan perlindungan? Bergantung kepada keperluan dan matlamat individu. Tidak semuanya sama.
Nak review profil kewangan, sharing pengurusan pendapatan, simpanan, pelaburan dan perlindungan?
www.wasap.my/+60177134540/uruskewangan
Tiada bayaran, tiada paksaan.. Hanya perkongsian untuk kebaikan semua!

Sunday, December 2, 2018

REVIEW AKHIR TAHUN

Bila dah hujung tahun, ramai yang  semangat untuk "set target" tahun baharu.

Tapi, siapa yang buat review untuk tahun ni? Komen SAYA!

- Dah kira zakat perlu dibayar?
- Dah kira PCB (cukai) terlebih atau terkurang?
- Dah ada simpanan bersamaan 3 bulan gaji?
- Dah kira berapa asset, berapa liability (hutang)?
- Dah semak jumlah perlindungan yang ada?

1. ZAKAT
..
Kebiasaanya, kita ingat zakat pendapatan sahaja. Sebenarnya, terdapat lebih 10 jenis zakat lain, tetapi 6 ini yangpaling biasa :

- Zakat Pendapatan (gaji)
- Zakat Perniagaan (business)
- Zakat Wang Simpanan (Duit di bank)
- Zakat Emas (85g emas andai dipakai,uruf - 800g untuk emas tidak dipakai)
- Zakat Pelaburan (Unit trust, Saham, ASB)
- Zakat Fitrah (zakat dalam bulan Ramadhan)

Kebanyakkan zakat adalah berkadar 2.5%. Boleh buat lanjut perkiraan di https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/zakat-harta/

Berzakat membawa berkat 😁

2. CUKAI
..
Cukai adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Cukai pendapatan individu hanya menyumbang lebih 13% kepada pendapatan kerajaan, walaupun jumlahnya melebihi RM30billion setahun.

Antara perkara penting yang perlu anda ambil tahu sebagai individu:

- Pelepasan cukai individu
- Jenis pendapatan bercukai (Perniagaan atau profession,
Penggajian, Dividen, Faedah, Diskaun, Sewa, Royalti, Premium, Pencen, Annuity Dll)
- Rebat Cukai (Zakat, Taksiran Bersama/Berasingan)

Rekod pengecualian cukai hendaklah disimpan selama 7 tahun. Antara denda yang boleh dikenakan adalah RM1,000 hingga RM20,000 / penjara / kedua-duanya dan 300% atas cukai terkurang lapor (Rujuk gambar untuk lebih informasi)



3. SIMPANAN
..
Kenapa perlu ada minima 3 bulan simpanan? Untuk menghadapi situasi paling teruk - kehilangan pekerjaan (rujuk No-5 untuk yang MAHA teruk). 3 bulan simpanan ini diharap dapat memberikan masa sebelum mendapat pekerjaan baharu.

Perkara luar jangka lain seperti kerosakan kereta, yuran tambahan sekolah anak ataupun keperluan lain seperti penggantian handbag isteri yang tiba-tiba koyak juga memerlukan modal perbelanjaan tambahan.

Sebaiknya, asingkan tabung simpanan kepada 2 :

- Tabung Kecemasan - mudah dicairkan (dikorek)
- Tabung Jangka Panjang (tanam terus)

4. ASSET vs LIABILITY
..
Adakah pada tahun ini anda membuat asset, ataupun lebih banyak liability (hutang)? Hutang juga ada hutang yang "baik" (rumah, ASB Loan dll), dan hutang "jahat" (personal loan, kad kredit dll)


Walaupun pada asasnya hutang "baik" itu baik, ianya  harus disandarkan dengan keupayaan membayar dan menghadapi ketidaktentuan (gangguan cash flow terhadap komitmen sedia ada, ataupun, sekali lagi - kehilangan pekerjaan)

5. PERLINDUNGAN
..
Tiada gunanya andai pandai mencipta, tetapi gagal melindung. Ia ibarat pasukan bola sepak yang mahir menjaringkan gol, tetapi dalam masa yang sama kerap dibolosi.

Kemalangan, sakit ataupun kematian datang tanpa diduga, tidak juga dipinta. Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa, sakit singgah tak kira usia dan kematian hanya tiba-tiba. Umur itu hanyalah angka!



Ada masanya, perlindungan itu bukanlah untuk kita, tetapi untuk mereka disekeliling - isteri, anak-anak mahupun siapa sahaja. Sanggupkah kita membiarkan mereka terkapai-kapai meminta bila kita sudah tiada?

Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) mencadangkan seseorang itu mempunyai jumlah perlindungan menyamai 10 tahun pendapatan tahunan.
...
..
.
Sebagai TAMBAHAN, adalah lebih baik andai anda dah siap-siap kira:

- Jumlah yang diperlukan untuk BERSARA : 100 Ribu atau 1 Juta?
- Berapa ROI (Return On Investment) yang dibuat : 3%, 7% atau 30%
- BUKU (ilmu) yang dah berjaya dikhatamkan! : 1, 2 atau 3?
...
..
.
Jadi, rancang nak guna 20|80 (PARETO), 70|30 (SAFE) atau 50|30|20 (SUFFER)? Nak tahu?
..
Komen "NAK"

Tuesday, November 27, 2018

PERSOALAN HIDUP!

Hidup ini, penuh dengan pilihan.. Sigh 😓..

1. AMBIL TAKAFUL or TAK PERLU
🤔 Kalau ambil kena bayar bulan2, kalau tak ambil apa jadi pada orang tersayang kalau apa-apa jadi pada diri sendiri?
..
➡️ Sebenarnya, bergantung kepada keperluan dan keadaan kewangan. Andai tiada orang tersayang, tiada bajet, tiada keperluan mendesak, tidak perlu pun ambil. Tetapi, andai ada sekelumit sebab pun, berikanlah pertimbangan sewajarnya.
..
✔️ Sebaiknya, AMBIL.. Takaful lebih kepada pengurusan risiko, untuk menghadapi ketidakpastian masa hadapan.
2. SEKARANG, 10 TAHUN LAGI or BILA UMUR 45?
🤔 Kalau ambil sekarang, rugi je bayar lama2 tapi tak sakit.. Kalau ambil 10 tahun lagi, mungkin kewangan dah stabil sikit. Kalau ambil umur 45 tahun sihat lagi kah?
..
➡️ Sebenarnya, tidak rugi untuk ambil awal, sebab sakit, kematian itu datang tanpa dijangka. 10 tahun lagi mungkin dah stabil, tapi masih sihatkan kita?
..
✔️ Sebaiknya, ambil SEKARANG.. Lagi awal, lagi murah. Disamping dah lindung sebelum sebarang kebarangkalian buruk terjadi.
3. MEDIKAL or HAYAT?
🤔 Kalau ambil medikal, sakit apa2 boleh masuk hospital swasta. Kalau cuma ambil hayat, pampasan hanya kematian dan cacat kekal je.
..
➡️ Sebenarnya, kedua-dua medikal dan hayat bergantung satu sama lain. Medikal memberi “piece of mind” makala hayat dapat memudahkan urusan orang sekeliling. Terdapat polisi takaful yang mana membolehkan anda terus dilindungi tanda membayar caruman lagi seandainya anda disahkan menghidap sakit kritikal atau cacat kekal.
..
✔️ Sebaiknya, ambil takaful HAYAT dahulu kerana hayat kita tiada ganti. Medikal masih mempunyai pilihan untuk ke hospital kerajaan.
4. ANAK DULU or DIRI SENDIRI
🤔 Kalau ambil untuk anak, dapat pastikan untuk berikan yang terbaik untuk anak.. Kalau sendiri yang sakit, tak kisah pun masuk hospital kerajaan.
..
➡️ Sebenarnya, memang tak kisah masuk hospital kerajaan, tapi yang kena jaga dihospital tu kisah tak agaknya? Yang ditinggalkan nanti tu boleh tak teruskan hidup agaknya?
..
✔️ Sebaiknya, ambil untuk DIRI SENDIRI dahulu, baru anak-anak. Andai apa2 berlaku, anak-anak dapat teruskan hidup dengan pampasan yang ada. Andai apa2 berlaku pada anak, selagi ada kudrat, kita pasti berusaha untuk selesaikannya.
5. MR(educe)TT or ML(evel)TT?
🤔 Kalau buat loan rumah, bank mesti offer MRTT diorang, kalau ejen insurans pula sibuk jual MLTT.
..
➡️ Sebenarnya, keduanya bertujuan untuk melindung. MRTT dibayar sekali sahaja untuk melindungi baki hutang pembelian rumah, manakala MLTT merupakan komitmen bulanan dan boleh digunapakai untuk beberapa pembelian, tertakluk kepada jumlah coverage.
..
✔️ Sebaiknya, ambil MLTT sekiranya ada cita2 nak jadi property investor. Kalau setakat nak beli satu dua rumah je, MRTT sudah memadai dengan syarat, cek betul2 “term of coverage”. Banyak kes MRTT tidak melindungi jumlah sebenar pinjaman disebabkan beberapa factor seperti kenaikan kadar faedah bank.
6. TERM or WHOLE LIFE?
🤔 Kalau ambil term, caruman bulanan adalah rendah jika dibandingkan ambil whole life takaful
..
➡️ Sebenarnya, term takaful bagus sebagai perlindungan tambahan untuk jangka masa tertentu, namun jumlah carumanya mungkin meningkat mengikut usia. Apa akan terjadi selepas “term” atau tempoh yang dipersetujui? Whole life pula akan mengenakan caruman yang sama sepanjang tempoh polisi (dengan syarat tiada keperluan menangung inflasi perubatan atau nilai tuntutan yang terlalu tinggi oleh pihak penyedia)
..
✔️ Sebaiknya, ambil WHOLE kerana ianya lebih komprehensif, dan memberikan perlindungan jangka panjang. Ia juga mempunyai cash value yang boleh digunakan kelak.
7. WASIAT, HIBAH or FARAIDH?
🤔 Kalau wasiat, semua orang kene ikut. Kalau hibah, boleh beri pada orang-orang tertentu sahaja,bagaimana dengan orang lain? Kalau faraidh, kan lebih adil dan afdhal ikut hukum Islam.
..
➡️ Sebenarnya, Wasiat itu hanya boleh diberikan kepada mereka yang bukan dalam list penerima faraidh, dan jumlahnya tidak melebihi 1/3 dari keseluruhan harta yang ada.
Hibah ini pula tujuannya untuk memudahkan urusan mereka yang kita tinggalkan. Kita lebih tahu siapa yang lebih memerlukan harta yang ada berdasarkan pertimbangan dan pemerhatian sendiri.
Faraidh itu memang adil dan sangat cantik tujuaannya dalam hukum Islam. Namum, seringkali dikotori oleh kegagalan pelaksanaanya. Kebanyakkan mereka yang menerima faraidh hanya mahukan hartanya sahaja, tetapi melepaskan tanggungjawap yang datang bersamanya
..
✔️ Sebaiknya, HIBAH kan dahulu, kemudian wasiatkan pengurusan kepada pengendali yang dipercayai. Faraidh itu tetap akan perlu dilaksanakan.
8. LABUR or LINDUNG?
🤔 Kalau labur, boleh gandakan wang dan dapat pulangan. Kalau bayar bulan2 untuk lindung, membazir sahaja kalau tak jadi apa-apa.
..
➡️ Sebenarnya, tidak semua orang pandai melabur. Dengar orang labur EPF dalam Unit Trust, dia pun buat. Lepas 3 tahun tengok jumlahnya banyak tu je sebab salah masuk fund. Dengar orang labur dengan Loan ASB, dia pun buat. Lepas 3 tahun penat membayar bulan2 tapi pulangan sikit sebab kadar dividen dah berkurang dan BLR bank pun dah naik.
..
✔️ Sebaiknya, LINDUNG dahulu, kerana apabila anda belajar melindung, anda belajar mengurus. Labur bukan hanya berkait dengan dimana melabur dan “luck”, tetapi juga berkait rapat dengan faktor pengurusan.
9. APPLY SENDIRI or EJEN ?
🤔 Kalau apply sendiri, jimat sikit.. Kalau pakai ejen, free2 je diorang ambik komisen
..
➡️ Sebenarnya, komisen ejen tu datang dengan tanggungjawap. Ejen ni la yang bertanggungjawap untuk bantu uruskan claim, bantu uruskan pampasan sekiranya apa-apa berlaku, yang kene bagi nasihat dan pendapat, dan macam-macam lagi. Kalau apply sendiri, sakit, lumpuh nanti siapa yang nak pergi office provide submit form?
..
✔️ Sebaiknya, gunakan EJEN untuk hal yang melibatkan kemudahan pengurusan. Jimat dan murah biasanya datang dengan sedikit pengorbanan dikemudiaan nanti.
10. Cukai or Zakat?
🤔 Kalau bayar cukai, rugi je kerajaan guna untuk apa-apa entah.. Kalau tak bayar zakat, bukan orang tahu pun
..
➡️ Sebenarnya, cukai itu merupakan tanggungjawap kita sebagai rakyat Malaysia. Kita mungkin tak nampak hasilnya pada diri kita, tapi ia mungkin digunakan untuk membantu anak-anak kecil di luar bandar untuk ke sekolah, membantu orang miskin keluar dari kepompong kemiskinan mereka ataupun mewujudkan kemudahan kesihatan yang dapat dinikmati oleh ramai orang. Zakat pula merupakan tanggungjawap kita dengan Tuhan.. Orang mungkin tak nampak, tapi Tuhan tetap tahu.
✔️Sebaiknya, bayarlah ZAKAT dahulu.. Hanya 2.5% dari pendapatan tahunan. Jangan pula lari dari cukai, denda boleh sampai 300% tau!
.
.
.
Last yang ni, siapa nak komen?
KAWIN or KERJAYA?

Wednesday, November 21, 2018

4 TANGGUNGJAWAB UTAMA EJEN TAKAFUL!



Sekarang ini, terdapat banyak cara untuk mencarum takaful. Anda boleh melakukannya secara online, menggunakan applikasi, secara terus dengan penyedia takaful ataupun melalui ejen mereka.
Harus diakui, masih ramai rakyat Malaysia yang selesa untuk mencarum melalui ejen, disebabkan faktor pemudah cara seperti penerangan penuh tentang polisi dan "jargon", penyediaan dokumen yang diperlukan, mahupun bantuan ketika kecemasan. Adalah lebih mudah untuk mengharapkan mereka yang professional melakukannya!
Berikut adalah perkara asas seseorang ejen itu perlu lakukan untuk anda!
1. Menjawab segala persoalan anda 
Anda mungkin tidak faham bagaimana takaful berfungsi, ataupun apa yang dilindungi dan apa yang tidak?  Seorang ejen takaful harus menjawap segala persoalan anda dengan tuntas, dan jujur. Beliau seharusnya menerangkan sehingga kefahaman itu sampai kepada anda. 
2.Mencadangkan pelan yang sesuai
Keperluan setiap individu itu adalah berbeza.Oleh itu, adalah tanggungjawap ejen takaful untuk menyelidik apa keperluan dan kemampuan kewangan anda sebelum mencadangkan sesuatu pelan itu. Beliau seharusnya mampu menerangkan dengan jelas apa yang termaktub di dalam pelan yang dicadangkan, seperti apa yang anda dapat dengan mencarum pelan tertentu, apa pengecualian yang ada dan juga tempoh-tempoh masa yang perlu ada tahu.
3.Berkomunikasi
Ramai ejen yang mengejar anda secara konsisten sebelum anda mencarum dengan mereka, namum "krik krik" sesudah itu! Ejen yang baik seharusnya sentiasa berkomunikasi dengan anda, sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun untuk mempastikan apa yang anda carum sebelum ini masih relevan. 

4. Ada bila diperlukan

Ada beberapa ketika yang anda memang akan memerlukan ejen anda, seperti untuk mengetahui proses kemasukan ke hospital, mahu pun ketika membuat tuntutan. Ini adalah perkara yang sangat penting untuk dilakukan oleh seseorang ejen. Mereka harusnya sentiasa dapat dihubungi untuk menjawap segala persoalan anda, dan ada apabila memerlukan bantuan.
Perkara utama untuk anda pendapatkan pelan takaful adalah dengan mendapatkan ejen yang betul! Ini dapat memudahkan urusan anda di kemudian hari.

Wednesday, November 14, 2018

CIRI² PELIK TAKAFUL GETB

Setiap penyedia Takaful akan menyediakan produk dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Untuk Great Eastern Takaful Berhad, ada 5 ciri yang pelik tapi menarik!



1. Standalone medikal card dengan harga yang berpatutan! 

Great Eastern Takaful Berhad menawarkan pelan perlindungan medikal dengan tidak sampai RM100/bulan! Terdapat juga potongan sebanyak 5% sekiranya diambil oleh lebih dari seorang dalam satu keluarga!

*IGreat Medimax
(https://www.greateasterntakaful.com/en/takaful-solutions/find-the-right-plan/protect-myself-and-my-family/health-protection/i-great-medimax.html)

2. Kenaikan kadar had tahunan medikal sebanyak 10%

Sekiranya tiada tuntutan medikal dibuat dalam masa tiga tahun, had medikal tahunan akan di naikkan sebanyak 10%! Sebagai contoh, sekiranya had perlindungan tahunan anda 3 tahun lepas adalah RM120,000, dan tiada sebarang tuntutan dilakukan, had tahunan anda akan meningkat kepada RM132,000 pada tahun ini!

*IGreat Damai

3.  Kenaikan 10% harga bilik dalam masa 3 tahun

Kadar inflasi perubatan meningkat saban tahun.  Agaknya, bolehkah kita mendapatkan harga bilik di hospital swasta dengan kadar RM200/sehari pada 10 tahun lagi? Great Eastern Takaful menawarkan "rider" untuk kenaikan 10% had bilik harian untuk setiap 3 tahun! Sebagai  contoh, had bilik harian anda 3 tahun lepas adalah RM200, pada tahun ini, ianya akan meningkat menjadi RM220, dan RM240 pada 3 tahun akan datang, sehingga maksima RM400-100% dari kadar asal

*IGreat Damai (Medik Plus Rider)

4. Coordination of benefit

Anda mungkin sudah mempunyai perlindungan takaful dari penyedia lain, atau mungkin perlindungan daripada syarikat tempat anda bekerja. Seandainya jumlah yang dilindungi oleh pihak penyedia yang ada tidak mencukupi (perlindungan syarikat kebiasaanya mempunyai had tahunan yang rendah, seperti hanya RM50,000 setahun), walhal kos rawatan seperti strok mencecah RM60,000, anda akan kekurangan RM 10,000.  Anda boleh menggunakan "coordination of benefit" ini, dan Great Eastern akan membayar baki perbezaan ini.

*IGreat Medimax & Damai

5. Car Assistance Programme

Apa kaitan takaful dengan kereta?  Kerosakan kenderaan boleh menjadi suatu titik hitam kehidupan, terutamanya kepada pemandu wanita! Fret not! Great Eastern sentiasa ada untuk memberikan bantuan, sama seperti pelan perlindungan kami memberi perlindungan kepada kehidupan anda! Bantuan roadside assistance 24 jam, tertakluk kepada had maksima towing RM300 sehari.

*IGreat Medimax & Damai


Nak tahu lebih lanjut?
Nak tahu berapa bayaran bulanan?
Nak tahu benefit lain?
Nak rancang urus kewangan?

www.wasap.my/+60177134540

Wednesday, October 24, 2018

ASB LOAN SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA HIBAH

👉👉 ASB LOAN SEBAGAI PELENGKAP PELAN PELINDUNGAN!

Apa bezanya Hibah i-Gr8 Harapan dengan  Takaful ASB Loan 🤔🙄?


 i-Gr8 Harapan - Barayan bulanan bermula serendah RM20 untuk pampasan minima RM100,000 
 ASB Loan - Bayaran bulanan  dan jumlah pampasan bergantung kepada jumlah pinjaman. 

➡️ Keduanya bagus, jadi gunakan keduanya! 💰 i-Gr8 Harapan untuk short-term, 💹 ASB Loan untuk long term disebabkan ada kenaikan simpanan menerusi dividen tahunan
.

⬇️Sila rujuk gambar untuk ilustrasi.. Tak faham? www.wasap.my/+60177134540/ASBLoan saya akan cuba bantu untuk terangkan.

Nota untuk ASB Loan:

1. Simpanan ASB perlu difaraidhkan. Walaubagaimanapu, ASNB telah menyediakan options  untuk menukar simpanan ke "hibah". Maklumat lanjut di laman sesawang ASNB 

2. Umur 55 ada RM572,541? Wow.. Tak cukup banyak tu dik..Dulu orang kata RM1 juta tu untuk 7 keturunan, sekarang guna 7 hari boleh habis 🤣🤣

YANG TAK BAGUS, orang buat ASB Loan, dia pun buat ASB Loan, tak tahu Kadar Asas, tak tahu jumlah dividen, tak tahu keadaan ekonomi 👿👿!

Teringat masa nak buat ASB Loan ni beberapa tahun lepas, promoter Bank Kuning cadangkan seorang anak muda ni untuk buat loan ASB berjumlah RM 20,000, dan nasihatkan untuk jual lepas 5 tahun. Dapat pulangan belas-belas ribu!

 Anak muda ni tengok kawan dia,terus cakap "boleh pergi OSTORELIA weh" 🏄‍♂️🏂!!!

Saya mampu tepuk dahi je !

Rancanglah!

Thursday, October 11, 2018

PELAN "B"

Bayangkan 🤔💭....
Anda adalah En Abu Bergkamp, 42 tahun, bergaji RM7,214 sebulan.
 Mempunyai perlindungan syarikat :
➡️ Kad perubatan - RM50,000 setahun (max),
➡️ Pampasan kematian - 10x gaji

 Takaful Great Eastern (ambil pada usia 32 tahun (gaji RM3600/b) dengan caruman RM360/b (10% gaji)):

➡️ Kad perubatan - Bilik RM300/sehari, Limit tahunan
RM160,000, Limit Seumur Hidup RM1.6 Juta (waiver)
➡️ Pampasan kematian - RM150,000
➡️ Pampasan Penyakit Kritikal - RM50,000

En Abu Bergkamp menyediakan Pelan "B" dengan mencarum takaful walaupun sudah dilindungai oleh Syarikatnya. Apa fungsi Pelan "B" beliau?

✔️ Perlindungan syarikat hanya ketika beliau berkhidmat. Apabila bersara pada umur 60 tahun 👴 kelak, Pelan "B" akan mempastikan beliau untuk terus mempunyai perlindungan.
✔️ Risiko VSS/Pemberhentian (#saveMRT2) yang boleh menyebabkan risiko kehilangan perlindungan dan pendapatan. Bagaimana nak sustain Pelan "B" ? Beliau telah mengumpul "cash value" dengan mencarum takaful selama 10 tahun.
✔️ Kos rawatan senang-senang je boleh lebih RM50,000 setahun! Tahukah anda Pelan "B" #GETB ini mempunyai kelebihan "💥coordination of benefit💥" yang mana akan boleh digunakan untuk menampung lebihan perbelanjaan medikal oleh syarikat atau provider lain.

💀 Banyak lagi "worst case scenario" yang boleh berlaku, dan adakalanya, Pelan "B" juga tidak mencukupi. Perlu Pelan "C", "D" ..... "Z".
Nak mula dengan rancang Pelan "B" anda tak sahabat-sahabat?

Wednesday, October 3, 2018

I-Great Harapan (Gr8 Harapan)

Sekiranya anda ...

1 -  Sedang menerima rawatan, atau mengambil ubat-ubatan untuk sebarang penyakit (Selain demam dan selsema)
2 - Pernah disahkan atau berjumpa doktor untuk mengesahkan sebarang jenis penyakit?
3 - Dalam 2 tahun terkebelakang, pernah dimasukkan ke hospital, atau berjumpa dengan doktor pakar?
4 - Pernah ditolak daripada mendapatkan perlindungan takaful, atau pernah "claim" sebarang benefit dari takaful sedia ada?
5 - Sedang bankrupt?

Maaf, ini mungkin kurang sesuai untuk anda. Kalau jawapan anda "TIDAK" untuk semua pertanyaan di atas, anda memang BERTUAH.

I-Great Harapan ini memang untuk anda! Hanya sehingga 31 Disember 2018!




Contoh Kes :

En Dan👨‍🔧, berumur 30 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak kecil.
Berpendapatan RM4000 sebulan bersamaan RM48,000 setahun. Beliau mempunyai hutang yang minima untuk rumahnya berjumlah RM 300,000, kereta berjumlah RM 20,000 dan PTPTN berjumlah RM12,000.

1. Umur 25~40 adalah masa terbaik untuk mengumpul "asset" - rumah, tanah dll. Harus di ingat oleh keluarga En Dan yang asset-asset ini kebiasaanya perlu difaraidkan sekiranya apa-apa yang buruk berlaku kepada En Dan.

2. Dengan caruman bermula RM23 / bulan, Isteri dan Anak-anak👩‍👧‍👦 En Dan akan mendapat pampasan sebanyak RM100,000 sekiranya berlaku kematian/kecacatan kekal, manakala RM200,000 sekiranya disebabkan oleh kemalangan. Pampasan ini boleh digunakan untuk membayar bahagian yang perlu difaraidhkan (sekiranya perlu) selain dapat digunakan untuk meneruskan kehidupan melalui fasa-fasa sukar.

3. LIAM - Life Insurance Association of Malaysia sebenarnya mencadangkan agar seseorang itu harus mempunyai perlindungan sebanya  10X gaji tahunan. Walaupun jumlah pampasan yang diberikan tidak memenuhi cadangan, ianya masih sanagt baik berbanding tiada apa-apa langsung.

4. Bersyukurla🤗 sekiranya tiada apa-apa yang buruk berlaku sehingga umur En Dan mencecah usia 50, usia yang mana ramai mengharapkan mereka dapat memasuki fasa kehidupan stabil . Sekiranya tiada lagi keperluan untuk meneruskan caruman ini, En Dan boleh pada bila-bila masa untuk menghentikannya. 

5. Dalam masa 15 tahun, En Dan cuma membayar RM5040, dengan purata hanya RM28 sebulan (hampir bersamaan harga bucket KFC🤔), tetapi memberikan perlindungan (Harapan)  kepada keluarga beliau.

6. Jadilah seperti En Dan👍, rancang kewangan anda!

Ianya bukan sekadar perlindungan; Ianya kehidupan!
NSJ
Great Eastern Takaful Berhad
www.wasap.my/+60177134540

Wednesday, September 12, 2018

Kenapa Perlindungan Takaful di TOLAK!

Assalamualaikum pembaca-pembaca yang budiman.

Terdapat beberapa sebab mengapa penyedia perkhidmatan Takaful menolak sama ada GL, Claim mahupun permohonan untuk mendapatkan perlindungan takaful. Antara sebab :


Penolakan untuk mendapatkan perlindungan takaful

Sekiranya anda mempunyai penyakit yang telah wujud (pre-existing illness), berkemungkinan besar syarikat penyedia takaful akan memilih salah satu pilihan berikut :

  • Penolakan permohonan secara total
  • Penambahan jumlah caruman (loading), sama ada kemasukan (inclusion) ataupun pengecualian (exclusion) penyakit yang telah wujud itu
  • Pengecualian kepada penyakit yang telah wujud sahaja, sakit-sakit lain akan dilindungi
  • Tiada apa-apa pengecualian langsung
Untuk pilihan yang ke-4, anda memang bernasib baik. Perlu di ingat disini bahawa pentingnya untuk mendedahkan sejarah perubatan kita. Terpulang untuk pihak syarikat penyedia untuk menentukan tahap perlindungan berdasarkan process pengunderaitan (underwriting) mereka, berbanding risiko untuk tidak dilindungi apabila sudah dimasukkan ke hospital yang pastinya akan menyebabkan tanggungan kos yang sangat tinggi.


 Penolakan Guarantee Letter (GL)

Dah masuk ke hospital, tiba-tiba penyedia takaful kata GL tak boleh issue. Kena bayar sendiri dahulu. Antara puncanya : 

  • Polisi belum cukup lebih dua tahun, dan kemasukan melibatkan specified illness (penyakit yang agak serius). Pihak penyedia kebiasaanya akan menjalankan penyiasatan menyeluruh untuk mengesahkan penyakit ini memang tidak diketahui dengan memeriksa rekod perubatan secara menyeluruh (macam hire spy, cek semua hospital, klinik dalam radius 50KM dari tempat tinggal etc.). Kebiasaanya kes ini boleh claim semula seandainya tidak menjumpai apa-apa bukti.
  • Sebab kemasukan dikaitkan dengan exclusion (Rujuk point 1). Contoh masuk hospital sebab demam dan bersin berpanjangan. Akhirnya didapati ianya berkaitan dengan penyakit Asma yang sudah termasuk dalam list exlusion individu
  • Disyaki mempunyai Non-Disclosure (kegagalan mendedahkan maklumat) 
  • Polisy luput (lapsed) dek kegagalan pembayaran caruman bulanan

Pencarum harus cakna terhadap tempoh masa (coverage period/waiting period/cooling period) yang berikut :


Semoga bermanfaat!

NSJ
Nasihat Percuma
017 7134540

Monday, August 27, 2018

Your Big "WHY"??

Apa dia “Big Why” takaful anda?

Perlindungan takaful @ insurance merupakan pelengkap kepada pelan rancangan kewangan anda. Namun, adakah ia suatu kemestian? Tanya dan nilaikan sendiri sekiranya anda perlukan perlindungan takaful.

*****Anda perlukan “Medikal Kad” sekiranya anda :*****

1. Berkemampuan! Beri peluang mereka yang lebih memerlukan di hospital kerajaan. InsyaAllah, ada pahalanya dengan niat yang baik!

2. Mahukan yang terbaik untuk anak dan keluarga! Medikal kad boleh mempastikan keperluan perubatan untuk orang yang anda sayangi terjamin!

3. Mempunyai latar belakang keluarga yang berisiko, ataupun mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Umur sekarang hanyalah “nombor”, bukan lagi penentu tahap kehidupan!

*****Anda perlukan “Takaful Hayat” sekiranya anda :*****

1. Mempunyai orang yang bergantung nafkah dengan anda. Tak kiralah isteri (is3), ibu bapa atau pun anak-anak. Pastikan mereka dapat meneruskan hidup dengan selesa walaupun selepas ketiadaan anda.
Perlu di ingat, takaful hayat juga memberi pampasan sekiranya anda mengalami kecacatan kekal ataupun mendapat penyakit berbahaya yang boleh menyebabkan anda hilang keupayaan untuk mencari rezeki.

2. Mempunyai hutang – perumahan, kenderaan, kredit kad ataupun peribadi. Pastikan hutang ini boleh dibayar dengan pampasan takaful anda, agar ia tidak membebankan orang yang anda tinggalkan kemudian nanti, ataupun daripada menjadi penyebab anda tergantung di akhirat kelak!

Sekiranya anda bujang🧘‍♂️, tiada perancangan untuk berkahwin 🤦‍♂️, tiada tanggungan 👤, perlukah “takaful hayat” ini untuk anda? Tanya apa “big why” anda dan kongsikan dengan saya!

Mahu merancang kewangan dan perlindungan? Boleh juga borak-borak 😘😘

Nor Safiq
017 - 7134540
Great Eastern Takaful

Monday, July 30, 2018

Rancang Kewangan Anda!

3 tahap / 7 langkah dalam menyusun pelan pengurusan kewangan

* Credit to Saudara Afyan Mat Rawi

Sekiranya anda gagal untuk merancang, anda merancang untuk gagal. Begitu juga dengan pengurusan kewangan. 

* 3 tahap dalam pengurusan kewangan :
  1. Bina asas yang kukuh
  2. Rancang untuk jangka masa sederhana dan panjang
  3. Penyucian dan pengakhiran
* 7 langkah yang perlu anda teliti
  1. Tahu cashflow @ aliran tunai anda
  2. Tahu networth @ tahap kewangan anda
  3. Buat simpanan secukupnya, sekurang-kurangnya untuk bertahan 3-6 bulan
  4. Buat pelan perlindungan untuk harta dan hutang anda
  5. Buat pelaburan untuk kesenangan masa hadapan
  6. Rancang untuk pembayaran zakat / cukai
  7. Rancang untuk pembahagian apabila anda tiada lagi