Sekarang ini, terdapat banyak cara untuk mencarum takaful. Anda boleh melakukannya secara online, menggunakan applikasi, secara terus dengan penyedia takaful ataupun melalui ejen mereka.
Harus diakui, masih ramai rakyat Malaysia yang selesa untuk mencarum melalui ejen, disebabkan faktor pemudah cara seperti penerangan penuh tentang polisi dan "jargon", penyediaan dokumen yang diperlukan, mahupun bantuan ketika kecemasan. Adalah lebih mudah untuk mengharapkan mereka yang professional melakukannya!
Berikut adalah perkara asas seseorang ejen itu perlu lakukan untuk anda!
1. Menjawab segala persoalan anda
Anda mungkin tidak faham bagaimana takaful berfungsi, ataupun apa yang dilindungi dan apa yang tidak? Seorang ejen takaful harus menjawap segala persoalan anda dengan tuntas, dan jujur. Beliau seharusnya menerangkan sehingga kefahaman itu sampai kepada anda.
2.Mencadangkan pelan yang sesuai
Keperluan setiap individu itu adalah berbeza.Oleh itu, adalah tanggungjawap ejen takaful untuk menyelidik apa keperluan dan kemampuan kewangan anda sebelum mencadangkan sesuatu pelan itu. Beliau seharusnya mampu menerangkan dengan jelas apa yang termaktub di dalam pelan yang dicadangkan, seperti apa yang anda dapat dengan mencarum pelan tertentu, apa pengecualian yang ada dan juga tempoh-tempoh masa yang perlu ada tahu.
3.Berkomunikasi
Ramai ejen yang mengejar anda secara konsisten sebelum anda mencarum dengan mereka, namum "krik krik" sesudah itu! Ejen yang baik seharusnya sentiasa berkomunikasi dengan anda, sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun untuk mempastikan apa yang anda carum sebelum ini masih relevan.
4. Ada bila diperlukan
Ada beberapa ketika yang anda memang akan memerlukan ejen anda, seperti untuk mengetahui proses kemasukan ke hospital, mahu pun ketika membuat tuntutan. Ini adalah perkara yang sangat penting untuk dilakukan oleh seseorang ejen. Mereka harusnya sentiasa dapat dihubungi untuk menjawap segala persoalan anda, dan ada apabila memerlukan bantuan.
Perkara utama untuk anda pendapatkan pelan takaful adalah dengan mendapatkan ejen yang betul! Ini dapat memudahkan urusan anda di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment