Wednesday, August 11, 2021

APA BOLEH BUAT BILA PELABURAN DAH UNTUNG?

Turun dan naik  itu adalah asam garam dalam pelaburan. Sesuatu yang menaik, pasti akan turun! Tapi apabila turun, ada kebarangkalian ianya tidak boleh naik semula - sama ada sebab instrumen pelaburan itu telah di tutup, atau mungkin saham syarikat itu telah "delisted" mahupun syarikat itu telah bankrap. 

Jadi, apa sebenarnya yang boleh di buat sekiranya berlaku pergerakan dalam pelaburan terutamanya bila pergerakan menaik (Uptrend)? 

1. Tambah pelaburan 

Sekiranya kenaikkan itu dirasakan berlaku pada peringkat awal, tambah lagi pelaburan. Walaupun ini akan meningkatkan kos purata pembelian, seterusnya menurunkan kadar peratus keuntungan, namun, sebenarnya jumlah keuntungan akan bertambah lebih pantas sekiranya berlaku kenaikan lagi.

Contoh : 

Harga 
Saham
KosJumlah Saham 
Dibeli
Jumlah Saham 
Keseluruhan
Current ValueKos purata 
sesaham
Untung (%)Untung
Stock A0.55,000100001000050000.5
0.710000700040.00%2000
"Top Up"0.75,000714317143120000.620.00%2,000
0.8171431371437.14%3714

Perhatikan, walaupun peratus (%) keuntungan menurun apabila top up dilakukan, namun jumlah untung sebenarnya masih sama. Apabila berlaku lagi kenaikan, kadar peratus keuntungan menaik dengan julat yang lebih kecil, tetapi jumlah untung (RM) sebenarnya lebih besar. 

2. Lock keuntungan 

Dalam pelaburan, agak mustahil untuk mengatakan atau menentukan berapakah pulangan maksima.  Apabila kita menjual, ada kemungkinan pelaburan itu akan meneruskan kenaikan, boleh jadi juga ianya akan menurun, tiada jaminan atau guarantee arah tuju yang seterusnya.  Apa yang penting, seandainya telah menjual sesuatu instrument itu dengan keuntungan, jangan menyesal! Untung tetap untung, dan untung itu pastinya lebih baik dari rugi. 

3. Keluarkan modal, tinggalkan untung 

Teknik ini sangat sesuai untuk pelabur yang sangat yakin dengan dengan prospek pelaburan tersebut. Modal boleh dikeluarkan untuk dilaburkan semula ke instrumen atau peluang pelaburan yang lain, manakala modal yang ada boleh dibiarkan untuk berkembang. Sekiranya pelaburan itu menaik, jumlah yang ada di dalam pelaburan itu adalah jumlah keuntungan kita. Sebaliknya, sekiranya ia menurun, tiada risiko kerugian (realized loss) kerana yang menurun itu hanyalah kadar keuntungan sahaja. 

4. Biarkan

Tak nak pening kepala? Yakin dengan potensi pelaburan? Pelaburan ada manfaat tambahan seperti dividen? Tak usah pening, pejam mata dan biarkan sahaja. 




Tuesday, December 10, 2019

KREATIF LA SIKIT!



Hidup senang , bersara dengan bergaya  ataupun menjadi kaya merupakan satu proses. Ia tidak boleh dicapai dalam sekelip mata.

Apa yang penting, perancangan kita untuk mencapai matlamat tersebut.

Terlalu fokus pada “wealth creation” atau pembinaan kekayaan memungkin kan kita terlepas pandang pada risiko yang ada. Benar, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah lah jua yang menentukan. 

Terlalu takut akan masa hadapan pula menyebabkan kita berada terperangkap di zon selesa. Sentiasa rasa mencukupi dengan apa yang ada, walhal masa hadapan jauh dari jangkauan kita.

Seperti contoh :

Abu, 35 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.  Selain sudah mempunyai simpanan sebanyak RM40000, setiap bulan tanpa gagal Abu turut menyimpan RM1000 @ 20% dari gajinya di ASB, dengan jangkaan akan mempunyai RM731,000 sebagai persediaan untuk  bersara kelak.

Namum, Abu terlepas pandang perihal perlindungan! Sekiranya hayat Abu tidak sampai umur bersara, segala simpanan perlu difaraidhkan, dan mengambil masa untuk diselesaikan.

Bukankah  lebih baik seandainya :

1. Abu asingkan RM200 (daripada 20% tadi) untuk mengambil takaful hayat – pampasan sakit kritikal dan kematian. Sekiranya apa-apa berlaku kepada Abu, keluarganya masih menerima manfaat secara terus dan mutlak sebanyak RM400,000.

Sekiranya tiada apa-apa berlaku, Abu masih mempunyai “cash value”


2. Abu teruskan menyimpan di ASB dengan RM500 sebulan, dengan jangkaan apabila bersara, Abu akan mempunyai lebih kurang RM365,000 untuk dipusingkan.

Sekiranya Abu biarkan wang ini di dalam ASB, dengan dividen 6.5sen Abu akan mempunyai RM23,000/tahun @ 1900/bulan.


3. Abu ambil sedikit risiko dengan baki RM300 yang ada untuk melabur di instrument yang lebih berisiko tinggi. Sekiranya berjaya memdapatkan pulangan  10% setahun (annualize), Abu akan mempunyai lebih kurang RM340,000 sebagai tambahan untuk persaraan.

Konklusi : 
   
Dengan jumlah yang sama (RM1,000/bulan), Abu berjaya mempelbagaikan scenario untuk menghadapi masa hadapan.

Situasi 1 : Sekiranya tiada berlaku musibah, Abu akan mempunyai lebih kurang RM731,000 untuk bersara. TETAPI, sekiranya musibah berlaku ditengah jalan, apa yang tinggal?

Situasi 2 : Sekiranya tiada berlaku musibah, Abu akan mempunyai lebih kurang RM705,000 (RM365,000+ RM340,000) untuk bersara.
TETAPI, sekiranya berlaku musibah berlaku ditengah jalan, Abu tetap melaksanakan tanggungjawap dengan meninggalkan RM400,000 untuk keluarganya!

Nak belajar merancang  seperti Abu?  PM lah, percuma sahaja :)



Sunday, December 1, 2019

KENAPA TIDAK GUNAKAN SSPN-I PLUS SEBAGAI PELENGKAP KEPERLUAN MASA DEPAN ANAK-ANAK?

Dengan RM30 sebulan, anda dapat :
 Mulakan simpanan untuk masa depan anak-anak
 RM40,000 sekiranya meninggal akibat kemalangan.
 RM10,000 sekiranya menghidap sakit kritikal
 RM20/hari sekiranya dimasukkan ke hospital
 RM2500 sebagai khairat kematian.

Pulangan dividen sekitar 4% setahun, dijamin oleh Kerajaan Malaysia, dan boleh dapatkan pelepasan cukai sehingga RM 8000!




TAPI..... saya anak dah 3 ni👪

Jangan risau!!

Dengan RM30 seorang anak @ RM90 sebulan, anda dah cipta pampasan :

📍️ RM 120,000 jika meninggal akibat kemalangan
📍️ RM 7500 ikhsan khairat kematian
📍️ RM 30,000 jika sakit kritikal
📍️ RM 60 sehari jika masuk hospital

Buat simpanan, demi masa depan anak-anak terjamin! 

Anda memang IBU BAPA yang terbaik! 

Daftar sekarang disini :


Sunday, February 17, 2019


MLTT atau MRTT - Lain Situasi Lain Solusi

"Ambik je MLTT, ada cash value, pastu nilai pampasan takkan turun" - kata seorang Ejen Takaful

"Awak wajib ambil MRTT dengan kami sebagai bank yang berikan pinjaman" - kata seorang Pegawai Bank.

Apa itu MLTT dan MRTT? - Keduanya biasanya dikaitkan dengan pembelian rumah, yang mana bayaran akan dilakukan kepada pihak bank, sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal sebelum pinjaman perumahan dilangsaikan.















Adalah TIDAK tepat untuk mengatakan MLTT itu lebih bagus dari MRTT, atau MRTT lebih bagus dari MLTT! Pertimbangkan situasi di bawah :

Situasi 1 - MLTT : 


Mr S nak beli rumah dengan loan RM 250,000. Tak nak ambil mRtt (R = Reduce), sebab lebih percaya mLtt (L = Level).

mRtt = RM 5890 (sekali bayar, boleh masuk dalam loan)
mLtt = RM 100 / bulan (RM250,000, cash value bila matang)

Ditakdirkan, panas tak sampai ke petang, Mr S meninggal akibat kemalangan lepas 5 tahun. Alhamdulillah ada mLtt, M235,000 lunaskan baki hutang, dapat cash dari baki RM15,000

********************************

Teliti semula situasi di atas : Keluarga dapat rumah dan cash RM15,000, CUMA ......

Rumah - Termasuk dalam harta pusaka dan perlu difaraidhkan (bergantung pada keadaan dan budi bicara waris yang lain)

RM15,000 - Katakan gaji suami adalah RM5000/month. RM15,000 hanya bertahan selama 3 bulan!

Apa yang ditinggalkan pada keluarga sebenarnya?

Situasi 2 - MRTT : 


Mr T nak beli rumah dengan loan RM 250,000. ambil MRTT RM5,890 masuk sekali dalam pinjaman.

Ditakdirkan, panas tak sampai ke petang, Mr T meninggal akibat kemalangan lepas 10 tahun. Bank pun lupuskan pinjaman dengan MRTT yang ada dan serahkan rumah! 

********************************

Teliti semula situasi di atas : Bank lupuskan pinjaman, dan rumah jadi milik keluarga, CUMA  ......

 Hutang  - Pelupusan cover untuk pinjaman sahaja. Proses tukar nama, legal fees dan lain-lain masih perlukan sumber kewangan 

 Rumah - Menjadi harta pusaka (walaupun isteri berhak menuntut sebagai harta sepencarian). Makanya, nama siapa yang akan dimasukkan kedalam geran yang baharu? 

❌ Keluarga - Alhamdulillah seandainya keluarga sebelah Mr T memahami. Lepas 10 tahun, value rumah dah meningkat berkali ganda, agaknya ada tak yang kelabu matanya? 

********************************

INGAT! - KEPERLUAN, KEADAAN dan KEUPAYAAN SETIAP INDIVIDU ADALAH BERBEZA-BEZA. !INI PENTING

Seharusnya, keperluan sama ada MLTT atau MRTT haruslah diperhalusi mengambil kira faktor semasa, dan matlamat jangka masa hadapan. Keputusan yang dilakukan oleh orang lain tidak semesti bersesuian untuk kita.

"Lain padang, lain belalang"
"Lain lubuk, lain ikannya"

Perlukan bantuan merangka strategi mencapai matlamat masa hadapan? 

Hubungi saya sekarang!

Nor Safiq
017-7134540
Wealth Planner/Advisor
Great Eastern Takaful Berhad / Philips Mutual Berhad




Tuesday, January 8, 2019

Takaful Penipu?

REZEKI MASING²
~~~~~~~~~~~~~~~
Ada Client saya, hantar borang perlindungan hari ni, esok terus “inforce” (perlindungan bermula). Ada pula yang seminggu, ada yang sebulan pun masih tak inforce lagi.
.
Sebagai Ejen, kalau dah seminggu tu, makanya kena la tanya dengan syarikat penyedia takaful apa statusnya sebenarnya.

Kebanyakkan kes sangkut pada Underwriter. Jangan main² dengan underwriter syarikat takaful ni ok. Diorang punya link, kejap je boleh jumpa rekod kesihatan sorang². Siap diorang ni kadang² sampai upah penyiasat persendirian untuk cek rekod kat klinik² atau hospital²  dalam radius 50km tempat tinggal (yang ni biasanya dibuat kalau ada pertikaian waktu “constestable period – rujuk poin no 4 di bawah).  
.
Yang dah inforce pun, perlindungan bukan terus secara sepenuhnya  ya. Ada beberapa tempoh waktu yang orang ramai perlu tahu, dan hampir kesemua penyedia takaful mempunyai polisi ni.
.
1. PERLINDUNGAN TERUS
HANYA perlindungan berkaitan kemalangan – sam ada masuk hospital, pampasan kematian atau pampasan kecacatan kekal.  
2. TEMPOH TENGGANG 30 HARI
Masuk hari ke-31, baru cover kemasukan ke hospital untuk sakit-sakit biasa macam demam, keracunan makanan dan lain-lain. Cumanya, risiko kalau masuk mulanya ingat sebab sakit biasa, tapi tiba-tiba Dr kata ada kaitan dengan “specified illness”, ada kebarangkalian perlindungan akan ditangguh/dibatalkan bagi membolehkan pihak penyedia takaful untuk melakukan penyelidikan lanjut.
3. TEMPOH TENGGANG  120 HARI
Sebarang penyakit yang terkait dengan “specified illness” dan muncul dalam tempoh 120 hari selepas polisi “inforce”, pihak penyedia takaful berhak untuk menidakkan perlindungan.
Kenapa? Takaful adalah berkaitan pengurusan risiko, dan risiko bermaksud sesuatu yang belum terjadi. “Specified Illness “ ini kebiasaanya memerlukan masa untuk “develop”. Jadi, sekiranya ianya muncul dalam tempoh 120 hari, dikhuatiri Client tersebut sudah merasai tanda² awal penyakit tersebut,  dan mencarum untuk menanggung kos yang bakal dibayar. Ini tidak adil kepada pencarum² lain!
4. CONTESTABLE PERIOD 2 TAHUN
Walaupun secara teknikalnya syarikat penyedia takaful akan melindungi sepenuhnya selepas 120 hari, masih terdapat ada kebarangkalian “Guarantee Letter” kemasukan ke hospital akan ditolak untuk “specified illness”, dan perlindungan menjadi “Pay and Claim”. Ini berbeza dengan “specified illness” yang muncul dalam masa 120 hari yang mana memang akan akan ditolak sepenuhnya, yang ini terpaksa bayar dahulu dengan duit sendiri, dan kemudian buat tuntutan.
Dah kenapa pula? Kerana, sekali lagi syarikat penyedia takaful akan melakukan semakan sekiranya terdapat sebarang “non-disclosure”- keadaan dimana Client menyorokkan maklumat, atau  pengetahuan tentang kewujudan penyakit lebih awal. Seperti diberitahu di awal tadi, pihak penyedia takaful akan melakukan semakan ke hospital², ataupun ke klinik² berdekatan. Sekiranya terjumpa “non-disclosure” ni, risikonya adalah polisi anda akan dibatalkan, dan perlindungan ditarik serta merta!

Leceh kan proses dia? Leceh sebenarnya untuk yang bertangguh nak ambil takaful, ataupun yang cuba untuk guna jalan belakang bila dah rasa ada sesuatu yang tidak kena. Percayalah, syarikat takaful sendiri pun tak mahu dengan proses leceh² ni, tapi mereka perlulah berlaku adil kepada semua pencarum²

Ada sebarang kemusykilan lain?
#andatanya #sayajawap

NSJ
Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Berhad
www.wasap.my/60177134540/GreatEasternTakaful


Tuesday, December 4, 2018

PARETO 20 | 80

Mengikup prinsip Pareto, untuk kebanyakkan perkara, 80% hasil adalah berdasarkan 20% usaha. Ini juga dikenali sebagai oleh "Law of the Vital Few"


Mengikut prinsip asasnya, ianya harus dibaca sebagai 80|20. Namun, dalam konsep pengurusan pendapatan (income), 20% ini perlu diletakkan di hadapan.
Apa 20% itu?
- Simpanan / Pelaburan
- Perlindungan
1. SIMPANAN
Tiada siapa boleh menafikan simpanan itu penting. Adalah terbaik untuk mengasingkan simpanan kepada dua tabung :
➡️ Tabung Kecemasan - Digunakan untuk menghadapi tidak ketentuan - kehilangan kerja, sakit, kereta rosak, sekolah anak dan lain-lain lagi.
Sebaiknya mempunyai simpanan bersamaan 3-6 bulan gaji dalam tabung ini.
➡️ Tabung Jangka Panjang - Digunakan untuk perkara-perkara besar seperti :
- Deposit pembelian rumah
- Kahwin
- Bersara (penjawat awam tidak perlu pening kepala selagi skim Pencen masih diteruskan). Untuk mereka yang bekerja sendiri mahupun makan gaji, pastinya kita tidak mahu bekerja di lewat usia. Kita biarkan duit yang bekerja untuk kita.
Always, SIMPAN dahulu baru BELANJA, bukan belanja dahulu dan simpan bakinya!
Apabila cukup yakin dengan jumlah simpanan yang ada, bolehlah digunakan bahagian ini untuk belajar dan berjinak-jinak dengan PELABURAN. Gandakan duit anda!
2. PERLINDUNGAN
Kalau tiada siapa yang boleh menafikan simpanan itu penting, tidak ramai yang bersetuju akan keperluan perlindungan.
Dua golongan yang memahami keperluan perlindungan :
➡️ Mereka yang pernah kehilangan insan tempat mereka bergantung secara mengejut
➡️ Mereka yang pernah merasai manfaat atas kesedaran insan lain yang mengambil perlindungan tersebut.
Apa sebenarnya yang perlu kita lindung?
✔️ Death (kematian)
✔️ Dread Disease (sakit kritikal)
✔️ Disablement (kelumpuhan kekal)
Kenapa?
 Apabila berlakunya "3D" diatas, secara langsung akan berlaku kehilangan punca pendapatan. Walhal, hutang masih perlu dibayar, anak bini masih perlu diberi makan, kos perubatan masih perlu dijelaskan dan lain-lain lagi.
 Perlindungan mempunyai beberapa jenis, namun dua yang utama adalah :
- Pampasan kematian, kecacatan kekal dan sakit kirtikal
- Medikal kad - Perlindungan kos kemasukkan ke hospital
........................................................................................
Kesimpulannya :
Pendapatan sedia ada anda sentiasa terdedah kepada risiko pada setiap masa. Sekiranya anda gagal mengurus 20% pendapatan anda itu, anda boleh kehilangan 100% pada bila-bila masa.
Bagaimana untuk bahagikan 20% itu untuk simpanan dan perlindungan? Bergantung kepada keperluan dan matlamat individu. Tidak semuanya sama.
Nak review profil kewangan, sharing pengurusan pendapatan, simpanan, pelaburan dan perlindungan?
www.wasap.my/+60177134540/uruskewangan
Tiada bayaran, tiada paksaan.. Hanya perkongsian untuk kebaikan semua!