Hidup senang , bersara dengan bergaya ataupun menjadi kaya merupakan satu proses. Ia
tidak boleh dicapai dalam sekelip mata.
Apa yang penting, perancangan kita untuk mencapai matlamat tersebut.
Terlalu fokus pada “wealth creation” atau pembinaan kekayaan
memungkin kan kita terlepas pandang pada risiko yang ada. Benar, kita hanya
mampu merancang, tetapi Allah lah jua yang menentukan.
Terlalu takut akan masa hadapan pula menyebabkan kita berada
terperangkap di zon selesa. Sentiasa rasa mencukupi dengan apa yang ada, walhal
masa hadapan jauh dari jangkauan kita.
Seperti contoh :
Abu, 35 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Selain sudah mempunyai simpanan sebanyak RM40000, setiap
bulan tanpa gagal Abu turut menyimpan RM1000 @ 20% dari gajinya di ASB, dengan
jangkaan akan mempunyai RM731,000 sebagai persediaan untuk bersara kelak.
Namum, Abu terlepas pandang perihal perlindungan! Sekiranya hayat
Abu tidak sampai umur bersara, segala simpanan perlu difaraidhkan, dan
mengambil masa untuk diselesaikan.
Bukankah lebih baik seandainya :
1. Abu asingkan RM200 (daripada 20% tadi) untuk mengambil takaful
hayat – pampasan sakit kritikal dan kematian. Sekiranya apa-apa berlaku kepada
Abu, keluarganya masih menerima manfaat secara terus dan mutlak sebanyak
RM400,000.
Sekiranya tiada apa-apa berlaku, Abu masih mempunyai “cash
value”
2. Abu teruskan menyimpan di ASB dengan RM500 sebulan,
dengan jangkaan apabila bersara, Abu akan mempunyai lebih kurang RM365,000
untuk dipusingkan.
Sekiranya Abu biarkan wang ini di dalam ASB, dengan dividen
6.5sen Abu akan mempunyai RM23,000/tahun @ 1900/bulan.
3. Abu ambil sedikit risiko dengan baki RM300 yang ada untuk
melabur di instrument yang lebih berisiko tinggi. Sekiranya berjaya memdapatkan
pulangan 10% setahun (annualize), Abu
akan mempunyai lebih kurang RM340,000 sebagai tambahan untuk persaraan.
Konklusi :
Dengan jumlah yang sama (RM1,000/bulan), Abu berjaya mempelbagaikan
scenario untuk menghadapi masa hadapan.
Situasi 1 : Sekiranya tiada berlaku musibah, Abu akan mempunyai
lebih kurang RM731,000 untuk bersara. TETAPI, sekiranya musibah berlaku
ditengah jalan, apa yang tinggal?
Situasi 2 : Sekiranya tiada berlaku musibah, Abu akan
mempunyai lebih kurang RM705,000 (RM365,000+ RM340,000) untuk bersara.
TETAPI,
sekiranya berlaku musibah berlaku ditengah jalan, Abu tetap melaksanakan tanggungjawap dengan meninggalkan RM400,000
untuk keluarganya!
Nak belajar merancang seperti Abu? PM lah, percuma sahaja :)
No comments:
Post a Comment