REZEKI MASING²
~~~~~~~~~~~~~~~
Ada Client saya, hantar borang
perlindungan hari ni, esok terus “inforce” (perlindungan bermula). Ada pula
yang seminggu, ada yang sebulan pun masih tak inforce lagi.
.
Sebagai Ejen, kalau dah seminggu tu, makanya kena la tanya dengan syarikat penyedia takaful apa statusnya sebenarnya.
.
Sebagai Ejen, kalau dah seminggu tu, makanya kena la tanya dengan syarikat penyedia takaful apa statusnya sebenarnya.
Kebanyakkan kes sangkut pada
Underwriter. Jangan main² dengan underwriter syarikat takaful ni ok. Diorang
punya link, kejap je boleh jumpa rekod kesihatan sorang². Siap diorang ni kadang²
sampai upah penyiasat persendirian untuk cek rekod kat klinik² atau
hospital²
dalam radius 50km tempat tinggal (yang
ni biasanya dibuat kalau ada pertikaian waktu “constestable period – rujuk poin
no 4 di bawah).
.
Yang dah inforce pun,
perlindungan bukan terus secara sepenuhnya ya. Ada beberapa tempoh waktu yang orang ramai
perlu tahu, dan hampir kesemua penyedia takaful mempunyai polisi ni.
.
1.
PERLINDUNGAN TERUS
HANYA perlindungan berkaitan
kemalangan – sam ada masuk hospital, pampasan kematian atau pampasan kecacatan
kekal.
2.
TEMPOH TENGGANG 30 HARI
Masuk hari ke-31, baru cover kemasukan
ke hospital untuk sakit-sakit biasa macam demam, keracunan makanan dan
lain-lain. Cumanya, risiko kalau masuk mulanya ingat sebab sakit biasa, tapi
tiba-tiba Dr kata ada kaitan dengan “specified illness”, ada kebarangkalian
perlindungan akan ditangguh/dibatalkan bagi membolehkan pihak penyedia takaful
untuk melakukan penyelidikan lanjut.
3.
TEMPOH TENGGANG 120 HARI
Sebarang penyakit yang terkait
dengan “specified illness” dan muncul dalam tempoh 120 hari selepas polisi “inforce”,
pihak penyedia takaful berhak untuk menidakkan perlindungan.
Kenapa? Takaful adalah berkaitan
pengurusan risiko, dan risiko bermaksud sesuatu yang belum terjadi. “Specified
Illness “ ini kebiasaanya memerlukan masa untuk “develop”. Jadi, sekiranya
ianya muncul dalam tempoh 120 hari, dikhuatiri Client tersebut sudah merasai
tanda²
awal penyakit tersebut, dan mencarum
untuk menanggung kos yang bakal dibayar. Ini tidak adil kepada pencarum²
lain!
4.
CONTESTABLE PERIOD 2 TAHUN
Walaupun secara teknikalnya
syarikat penyedia takaful akan melindungi sepenuhnya selepas 120 hari, masih
terdapat ada kebarangkalian “Guarantee Letter” kemasukan ke hospital akan
ditolak untuk “specified illness”, dan perlindungan menjadi “Pay and Claim”. Ini
berbeza dengan “specified illness” yang muncul dalam masa 120 hari yang mana
memang akan akan ditolak sepenuhnya, yang ini terpaksa bayar dahulu dengan duit
sendiri, dan kemudian buat tuntutan.
Dah kenapa pula? Kerana, sekali
lagi syarikat penyedia takaful akan melakukan semakan sekiranya terdapat
sebarang “non-disclosure”- keadaan dimana Client menyorokkan maklumat, atau pengetahuan tentang kewujudan penyakit lebih
awal. Seperti diberitahu di awal tadi, pihak penyedia takaful akan melakukan semakan
ke hospital²,
ataupun ke klinik² berdekatan. Sekiranya terjumpa “non-disclosure” ni, risikonya
adalah polisi anda akan dibatalkan, dan perlindungan ditarik serta merta!
Leceh kan proses dia? Leceh sebenarnya
untuk yang bertangguh nak ambil takaful, ataupun yang cuba untuk guna jalan
belakang bila dah rasa ada sesuatu yang tidak kena. Percayalah, syarikat
takaful sendiri pun tak mahu dengan proses leceh² ni, tapi mereka perlulah berlaku
adil kepada semua pencarum²
Ada sebarang kemusykilan lain?
#andatanya #sayajawap
NSJ
Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Berhad
www.wasap.my/60177134540/GreatEasternTakaful
Saya nak tanya nama lama sebelum.graet instance ialah tahan insurance ..betul ke
ReplyDelete