Wednesday, August 11, 2021

APA BOLEH BUAT BILA PELABURAN DAH UNTUNG?

Turun dan naik  itu adalah asam garam dalam pelaburan. Sesuatu yang menaik, pasti akan turun! Tapi apabila turun, ada kebarangkalian ianya tidak boleh naik semula - sama ada sebab instrumen pelaburan itu telah di tutup, atau mungkin saham syarikat itu telah "delisted" mahupun syarikat itu telah bankrap. 

Jadi, apa sebenarnya yang boleh di buat sekiranya berlaku pergerakan dalam pelaburan terutamanya bila pergerakan menaik (Uptrend)? 

1. Tambah pelaburan 

Sekiranya kenaikkan itu dirasakan berlaku pada peringkat awal, tambah lagi pelaburan. Walaupun ini akan meningkatkan kos purata pembelian, seterusnya menurunkan kadar peratus keuntungan, namun, sebenarnya jumlah keuntungan akan bertambah lebih pantas sekiranya berlaku kenaikan lagi.

Contoh : 

Harga 
Saham
KosJumlah Saham 
Dibeli
Jumlah Saham 
Keseluruhan
Current ValueKos purata 
sesaham
Untung (%)Untung
Stock A0.55,000100001000050000.5
0.710000700040.00%2000
"Top Up"0.75,000714317143120000.620.00%2,000
0.8171431371437.14%3714

Perhatikan, walaupun peratus (%) keuntungan menurun apabila top up dilakukan, namun jumlah untung sebenarnya masih sama. Apabila berlaku lagi kenaikan, kadar peratus keuntungan menaik dengan julat yang lebih kecil, tetapi jumlah untung (RM) sebenarnya lebih besar. 

2. Lock keuntungan 

Dalam pelaburan, agak mustahil untuk mengatakan atau menentukan berapakah pulangan maksima.  Apabila kita menjual, ada kemungkinan pelaburan itu akan meneruskan kenaikan, boleh jadi juga ianya akan menurun, tiada jaminan atau guarantee arah tuju yang seterusnya.  Apa yang penting, seandainya telah menjual sesuatu instrument itu dengan keuntungan, jangan menyesal! Untung tetap untung, dan untung itu pastinya lebih baik dari rugi. 

3. Keluarkan modal, tinggalkan untung 

Teknik ini sangat sesuai untuk pelabur yang sangat yakin dengan dengan prospek pelaburan tersebut. Modal boleh dikeluarkan untuk dilaburkan semula ke instrumen atau peluang pelaburan yang lain, manakala modal yang ada boleh dibiarkan untuk berkembang. Sekiranya pelaburan itu menaik, jumlah yang ada di dalam pelaburan itu adalah jumlah keuntungan kita. Sebaliknya, sekiranya ia menurun, tiada risiko kerugian (realized loss) kerana yang menurun itu hanyalah kadar keuntungan sahaja. 

4. Biarkan

Tak nak pening kepala? Yakin dengan potensi pelaburan? Pelaburan ada manfaat tambahan seperti dividen? Tak usah pening, pejam mata dan biarkan sahaja.